Isnin, 15 April 2013

STPM 2012 - PELAJAR CEMERLANG
 

TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN ENAM ATAS SESI 2011/2012 ATAS PENCAPAIAN STPM 2012. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA SMK TAPAH ATAS BANTUAN DAN SOKONGAN  

Rabu, 13 Mac 2013

KEPUTUSAN STPM 2012 DAN KEPUTUSAN STPM PENGGAL 1 2013

Semua pelajar tingkatan enam sesi 2011/2012 boleh mengambil keputusan STPM 2012 (Terminal) pada :

              Tarikh   : 18 Mac 2013
              Hari       : Isnin
              Waktu    : 12.00 tengah hari
              Tempat  : Bilik Mesyuarat, SMK Tapah

Bagi pelajar tingkatan enam sesi 2012/2013 boleh mengambil keputusan STPM Penggal 1 2013 (Modular) dengan download keputusan di laman web MPM (http://www.mpm.edu.my/) pada :

              Tarikh    : 21 Mac 2013
              Hari        : Khamis

Di samping itu, calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip STPM Result<jarak><No. Kad Pengenalan> dan menghantarkannya ke 15888 serta secara dalam talian dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia mulai jam 12:00 tengah hari pada tarikh berkenaan.

            

Ahad, 17 Februari 2013

Baucar Buku 1Malaysia

Majlis Peryerahan Baucar Buku 1Malaysia yang bernilai RM 250.00 bagi pelajar-pelajar tingkatan enam atas tahun 2013 telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua Tn Hj Abdul Kefli b. Mat Sih pada 18 Februari 2013, hari Isnin, pukul 8.00 pagi di perhimpunan rasmi sekolah.

Rabu, 23 Januari 2013

Jumaat, 18 Januari 2013

Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) STPM

Guru-guru mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu dan Sejarah memberi taklimat perlaksanaan PBS Penggal 2 pada pelajar tingkatan enam atas di bilik gerakan. Taklimat ini diadakan pada hari Rabu 2 Januari 2013 bagi subjek Bahasa Melayu dan Selasa, 8 Januari 2013 bagi subjek Pengajian Am dan subjek Sejarah.

Rabu, 2 Januari 2013

Program Pertukaran Pelajar Antarabangsa (AFS)

NAMA PELAJAR : HAFRUN  HALLDORSDOTTIR
UMUR : 19 TAHUN
TARIKH LAHIR : 27 MEI 1994
NEGARA ASAL : ICELAND
TEMPOH BERADA DI SMK TAPAH : 2 JANUARI 2013 HINGGA JULAI 2013

Khamis, 25 Oktober 2012

Majlis Graduasi Pra-U 2012

Pada hari rabu, 3 Oktober 2012 bertempat di Hotel Suen, Ipoh, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Tingkatan Enam SMK Tapah telah mengadakan Majlis Graduasi Pra U bagi pelajar tingkatan enam sesi 2011/2012. Majlis ini dikendalikan sepenuhnya oleh ahli MPP sesi 2012/2013 bagi penyampaian anugerah dan jamuan 'Hi-Tea'. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Abdul Kefli b Mat Sih, Pengetua SMK Tapah.  Sekalung ucapan terima kasih kepada pelajar-pelajar dan guru-guru yang hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.