Khamis, 25 Oktober 2012

Majlis Graduasi Pra-U 2012

Pada hari rabu, 3 Oktober 2012 bertempat di Hotel Suen, Ipoh, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Tingkatan Enam SMK Tapah telah mengadakan Majlis Graduasi Pra U bagi pelajar tingkatan enam sesi 2011/2012. Majlis ini dikendalikan sepenuhnya oleh ahli MPP sesi 2012/2013 bagi penyampaian anugerah dan jamuan 'Hi-Tea'. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Abdul Kefli b Mat Sih, Pengetua SMK Tapah.  Sekalung ucapan terima kasih kepada pelajar-pelajar dan guru-guru yang hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

 
 
 
 

Isnin, 9 Julai 2012

Karnival Sukan Pra-U Peringkat Daerah

Temasya ini telah diadakan di Mini Stadium Majlis Daerah Tapah. Pada tahun 2012, SMK Tapah menjadi tuan rumah bagi Karnival Sukan Pra-U. Temasya ini telah di adakan pada hari Sabtu, 30 Jun 2012 pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Acara yang dipertandingkan ialah Futsal, Bola Tampar (L), Bola Baling (P) dan Bola Jaring yang 6 buah sekolah tingkatan 6 di daerah Batang Padang.

Jumaat, 25 Mei 2012

Pendaftaran dan Minggu Orientasi Tingkatan Enam Rendah 2012


Pendaftaran
Tarikh : 8 Mei 2012
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan SMK Tapah

Minggu Orientasi
Tarikh : 8 Mei 2012 hingga 25 Mei 2012
Tempat : Makmal Bahasa

Jumlah pelajar yang ditawarkan : 132 orang
Jumlah pelajar yang berdaftar : 63 orang
Jumlah pelajar setakat 25 Mei 2012 : 58 orang

Sabtu, 24 Mac 2012

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM TAHUN 2012
SYARAT AM
a)    Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
b)    Berumur di antara 17 hingga 20 Tahun. ( 21 Tahun bagi calon mengulang ) pada
1 Januari tahun 2012
SYARAT KHAS
i)             JURUSAN KEMANUSIAAN

i.              (Sekolah Menengah Harian)
Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran berikut:    
·         Bahasa Melayu
·         Bahasa Inggeris
·         Kesusasteraan Melayu / Inggeris
·         Sejarah
·         Geografi / Pendidikan Seni Visual / Komunikasi Visual / Seni Halus / Seni Tari / Muzik / Reka Bentuk
·         Pendidikan Islam / Moral
·         Matematik / Matematik Tambahan
·         Prinsip Perakaunan
·         Sains / Sains Tambahan / Applied Science
·         Salah satu M/Pelajaran Teknik / Vokasional /M/Pelajaran Vokasional (MPV)
·         Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
·         Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Bahasa Cina / Bahasa Tamil / Bahasa Iban / Bahasa Kadazan Dusun
·         Sains Pertanian / Perdagangan / Ekonomi asas / Ekonomi Rumah Tangga / Sains Sukan
Murid yang layak akan ditawarkan secara online dan tidak perlu memohon. Semakan keputusan ke Tngkatan Enam bawah dijangka pada 25 April 2012 melalui portal Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my)
            Calon  sekolah  yang  tidak  ditawarkan  ke  Tingkatan  Enam  Bawah  2012  boleh membuat  rayuan  ke  Jabatan  Pelajaran  Negeri  berkenaan  melalui  pengetua sekolah asal murid dengan menggunakan borang T6BKK mulai  7 Mei 2012 dan borang permohonan hendaklah dihantar ke  Jabatan Pelajaran Negeri selewat-lewatnya 16 Jun 2012.

Selasa, 20 Mac 2012

Pihak Pengurusan Tingkatan Enam SMK Tapah mengucapkan tahniah kepada pelajar STPM 2011 di atas pencapaian STPM 2011 yang lalu. Ucapan terima kasih kepada semua warga SMK Tapah yang bersama-sama membantu dalam pencapaian STPM 2011. Semoga STPM 2012 akan mencapai keputusan yang lebih cemerlang.

Isnin, 5 Mac 2012

PEMBERITAHUAN KEPUTUSAN STPM 2011

“Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan dikeluarkan pada 7 Mac 2012. Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut mulai jam 12:00 tengah hari, manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos. Di samping itu, calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip STPM Result<jarak><No. Kad Pengenalan> dan menghantarkannya ke 15888 serta secara dalam talian dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia mulai jam 12:00 tengah hari pada tarikh berkenaan”http://www.mpm.edu.my/

"SEMUA PELAJAR TINGKATAN ENAM SESI 2010/2011 BOLEH MENGAMBIL SLIP KEPUTUSAN STPM MASING-MASING DI BILIK MESYUARAT SMK TAPAH SELEPAS PUKUL 12.00 TENGAH HARI"

Khamis, 1 Mac 2012

Lawatan Sambil Belajar dan Khidmat Masyarakat

Lawatan Sambil Belajar ke UUM Sintok, Kedah dan Khidmat Masyarakat di Kg. Ujung Bukit, Bintong, Perlis pada 2hb Mac 2012 hingga 4hb Mac 2012.

Isnin, 20 Februari 2012

UJIAN TOPIKAL 1

Semua pelajar harap bersedia untuk menduduki Ujian Topikal 1 pada 27/2/2012 hingga 6/3/2012. Tarikh ujian dipercepatkan kerana Program Khidmat Masyarakat dan Lawatan Sambil Belajar.